Latar Belakang Syarikat

Pada tahun 1989, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif David DeBora telah mengasaskan Lifestyles International dengan impian mewujudkan sebuah syarikat kesihatan yang akan mengeluarkan produk kesihatan yang inovatif dan Peluang Perniagaan yang berjaya. Hari ini, visi David telah melonjakkan Lifestyles ke barisan hadapan dalam industri kesihatan.

Dengan menjadi Pengedar Lifestyles, anda berupaya untuk mendapat akses dalam industri kesihatan yang kian berkembang. Untuk memastikan kejayaan anda, kami telah menawarkan produk bertaraf dunia yang terbukti, prinsip pemasaran rangkaian yang mantap dan latihan serta sokongan tanpa had.

Peluang Lifestyles dicipta untuk membantu anda mencapai kekayaan yang lebih banyak, kesihatan yang lebih baik dan meningkatkan tahap kepuasan peribadi yang lebih berbanding sebelum ini.

Ibu Pejabat Lifestyles terletak di Kanada dan merupakan satu syarikat kesihatan dan pemakanan yang terkemuka di dunia. Kami merupakan ahli Direct Selling Association (DSA) dan mempunyai lebih 30 tahun kejayaan yang telah terbukti sebelum ini.

Lifestyles telah membantu berjuta orang dari lebih 30 negara seluruh dunia untuk Hidup Lebih Bahagia Setiap Hari.