David DeBora

Pengasas, Pengerusi dan CEO Lifestyles

"Jika Anda Boleh Mengimpikannya, Anda Boleh Berusaha Untuknya."

David DeBora sentiasa menjadi seorang lelaki peneraju yang ingin membuat perubahan di dunia. Hasil daripada keinginan tersebut, David telah mencipta peluangnya sendiri dan seterusnya memberi orang lain harapan dan peluang untuk membina impian mereka sendiri.

David telah menikmati kejayaan di dalam kariernya di bidang hartanah dan pembinaan, bekerja kuat dalam membina kebahagiaan keluarganya. Melalui kerja kuat serta dedikasinya, beliau menjadi amat berjaya dan bebas dalam kewangannya.

Tidak lama selepas David dan keluarganya memulakan kehidupan, isteri beliau didapati menghidap barah payudara dan meninggal dunia, meninggalkan David serta anaknya. “Saya perlukan lebih masa untuk keluaga dan saya tahu saya perlu mengubah kehidupan saya lagi,” kata David. Pada ketika itulah David telah diperkenalkan oleh kawannya kepada dunia jaringan pemasaran. Beliau menyertai syarikat multi-nasional dan dalam waktu yang singkat beliau telah menjadi Pengedar nombor satu syarikat tersebut di Kanada. Beliau dengan cepat menyedari tentang kuasa yang luar biasa dalam jaringan pemasaran dan impainnya ialah untuk membina syarikatnya sendiri dan dalam masa yang sama dapat membantu masyarakat.

Dalam tahun 1989, David mengasaskan Lifestyles International.

“Setiap hari, saya amat bersyukur dengan penemuan Intra yang mana telah memberikan kesihatan kepada jutaan orang di serata dunia.” Lifestyles kini berada di lebih 30 buah negara di seluruh dunia dan terus berkembang setiap hari!

Hasrat David ialah untuk memberi Pengedar Lifestyles makna sebenar dalam merealisasikan impian mereka: kewangan dan kesihatan peribadi. Impian beliau ialah agar Pengedar Lifestyles yang baru akan menyedari bahawa langkah mereka menyertai keluarga Lifestyles dan memulakan perjalanan dalam membina perniagaan mereka adalah untuk hidup lebih bahagia setiap hari.