Pasukan Kami
Pasukan Eksekutif
David DeBora
David DeBora
Pengasas, Pengerusi dan CEO Lifestyles

David telah mengasaskan Lifestyles International pada bulan November 1989, dengan visi untuk mewujudkan sebuah syarikat yang mampu membawa kesihatan dan kemakmuran yang optimum kepada orang ramai dari segenap latar belakang dan budaya. Pada hari ini, beliau amat gembira melihat visi tersebut telah menjelma.

Bapa yang berdedikasi kepada lima orang anak, David berasal dari latar belakang yang berbagai-bagai, termasuklah memiliki firma pembangunan tanah dan pembinaan. Setelah bekerja sebagai Pengedar dan juga pengurus korporat, David menjadi usahawan yang berjaya dan beliau menjadi jutawan atas usaha sendiri.


Paul Kramer
Paul Kramer
Naib Presiden Kanan

Paul mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam pembangunan produk pemakanan, pemasaran rangkaian dan pengurusan korporat, dan adalah penulis buku yang laris terjual, Fighting Body Pollution, yang kini dicetak dalam lapan bahasa di seluruh dunia.

Sebagai Perunding Pemakanan berdaftar, Paul adalah pakar yang disegani dalam industri kesihatan dan telah mengadakan seminar kesihatan di seluruh dunia. Beliau adalah lulusan Program Pemakanan Holistik dari Canadian Nutrition Institute dan kini mewakili Lifestyles sebagai ahli Pertubuhan Makanan Kesihatan Kanada (Canadian Health Food Association) dan Majlis Botani Amerika (American Botanical Council).


Shawn DeBora
Shawn DeBora
Pengarah Urusan

Shawn DeBora merupakan anak kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Lifestyles iaitu David DeBora yang mana beliau telah bersedia untuk meneraju kejayaan masa hadapan Lifestyles. Diilhamkan oleh visi bapa beliau yang ingin mencipta peluang, harapan dan kemakmuran kepada rakyat dari pelbagai budaya dan latar belakang telah membawa Shawn untuk menyertai Lifestyles pada tahun 2008.

Sebagai Pengarah Operasi Antarabangsa, Shawn telah mengembara di seluruh Asia, Eropah dan Amerika Utara untuk memastikan setiap pasaran beroperasi dan berkembang pada tahap yang optimum. Shawn mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti York. Pengalaman luas beliau sebagai kontraktor jualan bebas dan perunding komunikasi, telah memberikan beliau pengalaman dan pengetahuan yang diperlukan untuk membantu pejabat bersekutu Lifestyles dan Pengedar di seluruh dunia. Shawn merancang untuk meneruskan visi bapa beliau untuk membantu orang ramai hidup lebih bahagia setiap hari. Shawn berkata, “Ini bukan sahaja kerja saya, tetapi ia adalah minat saya dan sya berbangga menjadi salah seorang dari keluarga Lifestyles”.


Pasukan Pengurusan
Wan Thin Lim
Wan Thin Lim
Pengurus Kewangan Kanan

Wan Thin Lim mempunyai pengalaman lebih dari 9 tahun dengan Lifestyles Malaysia. Sejak menyertai pada tahun 2001, Wan Thin telah berkembang daripada Pengurus Kewangan ke jawatan beliau kini iaitu Senior Finance Manager. Wan Thin menerima Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Malaya pada tahun 1994 sebelum menjadi Akaun Awam Bertauliah dengan Pricewaterhouse.

Selepas mendapat pengtauliahan pada tahun 1997, Wan Thin bekerja sebagai akauntan untuk pelbagai pembangunan hartanah tempatan dan syarikat-syarikat pembinaan sebelum menyertai Lifestyles. Latar belakang beliau dalam perakaunan serta pengetahuan yang luas dalam pasaran Asia tempatan menjadikan beliau aset yang tidak ternilai kepada pasukan Lifestyles Malaysia.


George Barlas
George Barlas
Pengurus IT

George merupakan seorang yang berdedikasi dan telah bergerak sebagai pengurus pojek IT dan mempunyai pengalaman dalam bidang Teknologi Maklumat lebih dari 10 tahun. Sebelum menyertai Lifestyles, George merupakan Pengurus Perkhidmatan Pelanggan IT bagi organisasi perkilangan Global. George telah membawa pelbagai pengalaman... dalam pengurusan projek dan khidmat pelanggan kepada Lifestyles. Beliau telah menerima Sijil Sarjana dalam bidang Pengurusan Projek dari Sekolah Perniagaan Schulich di Universiti York.


David Scappaticci
David Scappaticci
Pengurus Operasi & Pembangunan Perniagaan

David menyertai Lifestyles Canada pada 2006 sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan. Beliau telah bekerja dalam bidang Jualan Langsung lebih dari sedekad dan mempunyai pengalaman dalam bidang jualan, pemasaran, komunikasi dan operasi bagi kedua-dua bidang iaitu korporat dan persekitaran luar.

David telah dinaikkan pangkat ke Pengurus Operasi dan Pembangunan Perniagaan. Tanggungjawab utama beliau adalah membantu pejabat bersekutu memaksimakan aktiviti operasi dan pembangunan mereka. Kelayakan akademik beliau termasuklah Sarjana Muda Seni dari Universiti Brock pada 1998 dan Diploma Perhubungan wam dari Kolej Niagara pada 2000. David bangga menjadi sebahagian dari syarikat seperti Lifestyles yang membantu ramai orang untuk Hidup Lebih Bahagia. Setiap Hari.


Tim Kervin
Tim Kervin
Pengurus Khidmat Pelanggan Antarabangsa

Tim Kervin telah menyertai Lifestyles pada 1992 sebagai Pengirim/ Penerima bagi Lifestyles Kanada. Pada 1993, Tim Kervin telah dinaikkan pangkat sebagai Wakil Khidmat Pelanggan Dwibahasa. Pada 1997, Tim telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelia Khidmat Pelanggan dan Penyelaras Jualan bagi Amerika Utara.

Cita-cita Tim telah membantu memajukan kerjaya beliau sehingga beliau menjadi Penyelaras Perhubungan Pengedar Antarabangsa dan Pakar Operasi untuk ibupejabat korporat iaitu Lifestyles Global Network. Pada 2002, Tim telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Khidmat Pelanggan Antarabangsa iatu jawatan terkini beliau dengan Lifestyles. Perjalanan Tim di Lifestyles telah menunjukkan betapa minat dan berdedikasinya beliau untuk industri kesihatan dan kesejahteraan. Dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri, Tim telah banyak membantu orang ramai hidup lebih bahagia setiap hari.