English   中文
Lifestyles Logo

Temui Pasukan Eksekutif

Pasukan Eksekutif Lifestyles bekerja secara berterusan untuk memastikan semua Pengedar Lifestyles menerima bimbingan, sokongan dan alat-alat yang diperlukan mereka untuk membina perniagaan berasaskan rumah yang berjaya. Pasukan Eksekutif kami sentiasa berusaha untuk mencipta kesihatan yang inovatif dan produk kesejahteraan yang membantu orang ramai hidup lebih bahagia setiap hari.
Sila gerakkan ke atas imej di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Eksekutif Lifestyles.
Paul David Shawn

David DeBora

Pengasas, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif

David telah mengasaskan Lifestyles International pada bulan November 1989, dengan visi untuk mewujudkan sebuah syarikat yang mampu membawa kesihatan dan kemakmuran yang optimum kepada orang ramai dari segenap latar belakang dan budaya. Pada hari ini, beliau amat gembira melihat visi tersebut telah menjelma. Bapa yang berdedikasi kepada lima orang anak, David berasal dari latar belakang yang berbagai-bagai, termasuklah memiliki firma pembangunan tanah dan pembinaan. Setelah bekerja sebagai Pengedar dan juga pengurus korporat, David menjadi usahawan yang berjaya dan beliau menjadi jutawan atas usaha sendiri.

Paul Kramer

Naib Presiden Kanan

Paul mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam pembangunan produk pemakanan, pemasaran rangkaian dan pengurusan korporat, dan adalah penulis buku yang laris terjual, Fighting Body Pollution, yang kini dicetak dalam lapan bahasa di seluruh dunia. Sebagai Perunding Pemakanan berdaftar, Paul adalah pakar yang disegani dalam industri kesihatan dan telah mengadakan seminar kesihatan di seluruh dunia. Beliau adalah lulusan Program Pemakanan Holistik dari Canadian Nutrition Institute dan kini mewakili Lifestyles sebagai ahli Pertubuhan Makanan Kesihatan Kanada (Canadian Health Food Association) dan Majlis Botani Amerika (American Botanical Council).

Shawn DeBora

Pengarah Urusan

Shawn DeBora merupakan anak kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Lifestyles iaitu David DeBora yang mana beliau telah bersedia untuk meneraju kejayaan masa hadapan Lifestyles.

Diilhamkan oleh visi bapa beliau yang ingin mencipta peluang, harapan dan kemakmuran kepada rakyat dari pelbagai budaya dan latar belakang telah membawa Shawn untuk menyertai Lifestyles pada tahun 2008. Sebagai Pengarah Operasi Antarabangsa, Shawn telah mengembara di seluruh Asia, Eropah dan Amerika Utara untuk memastikan setiap pasaran beroperasi dan berkembang pada tahap yang optimum.

Shawn mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti York. Pengalaman luas beliau sebagai kontraktor jualan bebas dan perunding komunikasi, telah memberikan beliau pengalaman dan pengetahuan yang diperlukan untuk membantu pejabat bersekutu Lifestyles dan Pengedar di seluruh dunia. Shawn merancang untuk meneruskan visi bapa beliau untuk membantu orang ramai hidup lebih bahagia setiap hari.

Shawn berkata, “Ini bukan sahaja kerja saya, tetapi ia adalah minat saya dan sya berbangga menjadi salah seorang dari keluarga Lifestyles”.