English   中文
Lifestyles Logo

Temui Pasukan Pengurusan

Sila klik pada imej di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pasukan Pengurusan Lifestyles.

 

Wan Thin Lim

Senior Finance Manager

Wan Thin Lim mempunyai pengalaman lebih dari 9 tahun dengan Lifestyles Malaysia. Sejak menyertai pada tahun 2001, Wan Thin telah berkembang daripada Pengurus Kewangan ke jawatan beliau kini iaitu Senior Finance Manager.

Wan Thin menerima Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Malaya pada tahun 1994 sebelum menjadi Akaun Awam Bertauliah dengan Pricewaterhouse. Selepas mendapat pengtauliahan pada tahun 1997, Wan Thin bekerja sebagai akauntan untuk pelbagai pembangunan hartanah tempatan dan syarikat-syarikat pembinaan sebelum menyertai Lifestyles.

Latar belakang beliau dalam perakaunan serta pengetahuan yang luas dalam pasaran Asia tempatan menjadikan beliau aset yang tidak ternilai kepada pasukan Lifestyles Malaysia.

George Barlas

Pengurus IT

George merupakan seorang yang berdedikasi dan telah bergerak sebagai pengurus pojek IT dan mempunyai pengalaman dalam bidang Teknologi Maklumat lebih dari 10 tahun. Sebelum menyertai Lifestyles, George merupakan Pengurus Perkhidmatan Pelanggan IT bagi organisasi perkilangan Global. George telah membawa pelbagai pengalaman dalam pengurusan projek dan khidmat pelanggan kepada Lifestyles. Beliau telah menerima Sijil Sarjana dalam bidang Pengurusan Projek dari Sekolah Perniagaan Schulich di Universiti York.

David Scappaticci

Pengurus Operasi & Pembangunan Perniagaan

David menyertai Lifestyles Canada pada 2006 sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan. Beliau telah bekerja dalam bidang Jualan Langsung lebih dari sedekad dan mempunyai pengalaman dalam bidang jualan, pemasaran, komunikasi dan operasi bagi kedua-dua bidang iaitu korporat dan persekitaran luar.

David telah dinaikkan pangkat ke Pengurus Operasi dan Pembangunan Perniagaan. Tanggungjawab utama beliau adalah membantu pejabat bersekutu memaksimakan aktiviti operasi dan pembangunan mereka.

Kelayakan akademik beliau termasuklah Sarjana Muda Seni dari Universiti Brock pada 1998 dan Diploma Perhubungan wam dari Kolej Niagara pada 2000.

David bangga menjadi sebahagian dari syarikat seperti Lifestyles yang membantu ramai orang untuk Hidup Lebih Bahagia. Setiap Hari.

Tim Kervin

Pengurus Khidmat Pelanggan Antarabangsa

Tim Kervin telah menyertai Lifestyles pada 1992 sebagai Pengirim/ Penerima bagi Lifestyles Kanada. Pada 1993, Tim Kervin telah dinaikkan pangkat sebagai Wakil Khidmat Pelanggan Dwibahasa.

Pada 1997, Tim telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelia Khidmat Pelanggan dan Penyelaras Jualan bagi Amerika Utara.

Cita-cita Tim telah membantu memajukan kerjaya beliau sehingga beliau menjadi Penyelaras Perhubungan Pengedar Antarabangsa dan Pakar Operasi untuk ibupejabat korporat iaitu Lifestyles Global Network.

Pada 2002, Tim telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Khidmat Pelanggan Antarabangsa iatu jawatan terkini beliau dengan Lifestyles.

Perjalanan Tim di Lifestyles telah menunjukkan betapa minat dan berdedikasinya beliau untuk industri kesihatan dan kesejahteraan. Dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri, Tim telah banyak membantu orang ramai hidup lebih bahagia setiap hari.