Pilih Negara/Bahasa: 
  Ramuan botani yang semula jadi sepenuhnya dari seluruh dunia  
  Alfalfa Alfalfa
Berasal dari Timur Dekat dan kini boleh didapati di seluruh dunia. Alfalfa kaya dengan kandungan vitamin, mineral, flavonoid, asid amino, dan protein. Penggunaan bahagian-bahagian lebih tua pada tumbuhan oleh manusia adalah terhad. Ini disebabkan terutamanya oleh kandungan serat yang amat tinggi. Daun alfalfa nyahhidrat boleh didapati secara komersial sebagai diet tambahan.
Gel Aloe vera Gel Aloe vera
Biasanya digunakan dalam industri makanan kesihatan dan kosmetik, gel Aloe vera mempunyai sejarah penggunaan yang panjang bagi mereka yang mencari ubat penyembuhan untuk luka bakar yang ringan, lelasan dan kerengsaan kulit yang lain.
Akar Astragalus Akar Astragalus
Dalam perubatan herba barat, akar Astragalus dianggap sebagai tonik untuk mempertingkatkan metabolisme dan pencernaan, dan ia diambil sebagai minuman teh yang dibuat daripada akar tumbuhan tersebut.
 
  Debunga lebah Debunga lebah
Pemakanan tambahan popular yang dianggap mampu membekalkan tenaga untuk keseluruhan tubuh badan. Debunga lebah mengandungi protein, karbohidrat, asid lemak, mineral dan vitamin. Ia mempunyai kandungan B-kompleks dan vitamin A, C, D, dan E yang tinggi. Ia juga mengandungi lesitin, beta-karotena dan selenium. Kombinasi ini menjadikan debunga lebah suatu sumber antioksidan yang hebat.
Kapsikum Kapsikum
Kaya dengan vitamin, secara tradisinya ia digunakan untuk merangsang metabolisme; biasa digunakan untuk membantu memperbaik tindakan ramuan botani lain yang terdapat dalam formulasi.
Kulit kayu Kaskara Kulit kayu Kaskara
Dikenali sebagai “kulit kayu suci” oleh para penjelajah Sepanyol. Berasal dari pinggir laut Pasifik di Amerika Utara; dituai oleh penduduk asli Amerika yang awal, yang merasakan bahawa kulit kayu tersebut memiliki sifat-sifat penambah kekuatan.
 
  Biji saderi Biji saderi
Berasal dari Eropah Selatan, ia dipercayai mampu meresapkan pengaruh yang menenangkan ke dalam sistem.
Akar Cikori Akar Cikori
Berasal dari Eropah dan Asia, akar Cikori yang dipanggang telah digunakan sebagai ganti kepada kopi. Pada tahun 1970an telah didapati bahawa akar tersebut mengandungi sehingga 20% inulins. Sejak itu, strain baru telah dicipta, menghasilkan kandungan inulin yang terdapat dalam akar cikori setanding dengan bit gula.
Beras barli Cina Beras barli Cina
Terdapat di wilayah tropika di serata dunia, beras barli Cina mempunyai sejarah penggunaan yang menjangkau sehingga 2000 tahun. Ia memiliki kualiti yang menyerupai oriental ginseng.
 
  Rose hip Cina Rose hip Cina
Berasal dari Cina dan Jepun, rose hip yang amat berharga ini kaya dengan bioflavinoid, asid tumbuhan dan nutrien. Rose hip kadangkala dimakan, terutamanya kerana kandungan vitamin C yang ada padanya. Ia biasanya diperah dan ditapis untuk menghasilkan sirap rose hip.
Akar Dandelion Akar Dandelion
Terkenal dengan akarnya yang kuat, akar Dandelion dipercayai mampu merangsang fungsi pencernaan. Dianggap oleh ramai orang sebagai tonik pembersih yang sangat baik untuk hati.
Biji halba Biji halba
Boleh ditemui terutamanya di rantau Timur Tengah dan Mediterranean, biji Halba adalah satu daripada tumbuh-tumbuhan tradisional yang benar-benar purba dan mempunyai rekod penggunaan yang dikesan sejak Mesir purba. Penyelidikan moden telah menunjukkan bahawa biji Halba mampu menurunkan kolesterol serum, triglserida dan lipoprotein berketumpatan rendah dalam pesakit manusia dan model-model eksperimen hiperkolesterolemia.
 
  Kamomil Jerman Kamomil Jerman
Berasal dari Eropah, Kamomil Jerman dikenali dengan sifat-sifatnya yang lembut. Ia boleh diminum sebagai teh herba. Ia juga digunakan sebagai ubat pencuci mulut bagi melawan mukositis oral.
Halia Halia
Berasal dari Asia Selatan dan ditanam dalam kawasan tropika di seluruh dunia. Penyelidikan moden telah menunjukkan bahawa Halia mengandungi banyak antioksidan.
Beri Juniper Beri Juniper
Berasal dari Eropah Timur, sesetengah spesimen Juniper usianya melebihi 1000 tahun. Kon beri yang aromatik dan mengandungi resin ini mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat awal Eropah yang mempercayai "kuasa kehidupan" Juniper.
 
  Akar manis Likuoris Akar manis Likuoris
Ubat batuk moden sering kali mengandungi ekstrak likuoris sebagai ramuan.
Bunga Markisah Bunga Markisah

Berasal dari bahagian selatan Amerika Syarikat di mana ia mempunyai nilai yang tinggi dalam sediaan tradisional oleh masyarakat Cherokee. Penyelidikan terbaru telah menunjukkan bahawa flavonoid dalam bunga Markisah adalah komponen utama yang bertanggungjawab terhadap kesan tenang yang dimilikinya.

Pipsissewa Pipsissewa

Berasal dari Amerika Utara, Pipsissewa telah digunakan dengan meluas oleh orang asli jati Amerika Utara untuk ubat tradisional.

 
  Cendawan Reishi Cendawan Reishi
Digunakan sebagai tonik dan ia dipanggil air maulhayat, khas untuk Maharaja Cina.
Sarsaparilla Sarsaparila
Berasal dari kawasan tropika Amerika dan Hindia Barat. Masyhur sejak dahulu kala sebagai ubat tradisional dan kini ia digunakan dalam banyak produk makanan.
Beri Schisandra Beri Schisandra
Berasal dari negara-negara Asia, beri Schisandra juga dikenali sebagai buah “lima rasa” kerana ia biasanya mempunyai rasa masam, manis, pahit, hangat, dan masin, justeru itu namanya “lima rasa.” Penyelidikan kontemporari telah menumpukan kepada ciri-ciri antioksidannya yang kuat dan juga kepada potensi faedah pelindung hati.
 
  Akar ginseng Siberia Akar ginseng Siberia
Satu daripada ramuan botani yang paling banyak catatannya, ginseng Siberia lebih dikenali kerana kemampuannya mengekalkan kesihatan yang baik berbanding dengan kemampuannya untuk merawat kesihatan yang merosot ataupun penyakit. Penyelidikan menunjukkan ia digunakan secara meluas sebagai tonik.
Thyme Thyme
Berasal dari rantau Mediterranean, kini ia ditanam di serata dunia kerana sifat-sifat uniknya. Dipercayai memiliki tonik dan pencernaan.
     
 
© 2018 Lifestyles International Holdings Corporation. Semua Hak Terpelihara.