Pilih Negara/Bahasa: 
Ramuan Botani

Gabungan botani semula jadi

Lifestyles menggabungkan pengetahuan sedunia ramuan botani purba ini dengan sains canggih untuk mencipta Intra, pemakanan tambahan botani yang semula jadi sesuai untuk gaya hidup pada hari ini. Sejak tahun 1992, Intra berkualiti premium telah menemui para pengikut yang setia dan berdedikasi, dan telah dinikmati oleh berjuta-juta orang warga dunia.

Pengetahuan Purba + Sains Canggih = Lebih Baik Bersama!

 

Mempertemukan sejarah purba dengan sains moden!

Pakar-pakar herba purba dari setiap empat penjuru dunia amat menyedari potensi faedah ramuan-ramuan botani dalam mengekalkan dan memulihkan kesihatan, dan impak ramuan botani terhadap fungsi-fungsi berbeza tubuh badan. Kebijaksanaan tradisional yang diserap daripada amalan-amalan purba tersebut telah digunakan untuk mencipta formula canggih 23 jenis ekstrak botani yang telah diuji oleh masa dan diyakini, dan terkandung dalam Intra.

 

Anda + Intra = Lebih Baik Bersama!

Sesuai untuk orang ramai dari segenap lapisan usia, hanya satu atau dua auns Intra setiap hari mampu membantu menyuburkan sel-sel badan dan membekalkan nutrien penting berasaskan tumbuhan yang tidak lagi boleh didapati daripada bekalan makanan proses moden kita.

Kunci kepada keberkesanan Intra adalah kesan sinergi gabungan ramuan botani yang bekerja bersama-sama – yang menghasilkan faedah yang lebih hebat daripada yang mampu diberikan oleh setiap satu ramuan tersebut secara bersendirian. Dalam erti kata lain,

23 jenis ramuan botani Intra bekerja lebih baik bersama-sama!

 

 
© 2016 Lifestyles International Holdings Corporation. Semua Hak Terpelihara.