Pilih Negara/Bahasa: 
Ramuan Botani

Apakah itu ramuan botani?

Apabila kita bercakap tentang ramuan botani, kita merujuk kepada ekstrak yang diperoleh daripada bahagian-bahagian berbeza yang ada pada tumbuhan – ini termasuklah akar, daun, beri, kulit kayu, batang, dan bunga. Kadangkala keseluruhan tumbuhan digunakan, dan dalam keadaan lain pula mungkin hanya bahagian tertentu pada tumbuhan yang mempunyai kuasa penyembuhan dan pemulihan.

Dokumentasi tentang gabungan botani tertentu berusia sehingga melebihi 3,000 tahun. Banyak daripada formula-formula awal tersebut diturunkan daripada generasi kepada generasi. Gabungan botani yang berjaya melalui ujian masa masih digunakan oleh berjuta-juta orang dan juga pengamal perubatan di seluruh dunia. Setiap gabungan botani mewakili kebijaksanaan kolektif yang telah terkumpul sejak berkurun-kurun lamanya – dan setiap satunya adalah bukti tentang kepelbagaian budaya dan iklim yang membentuk dunia kita.

Badan Manusia + Ramuan Botani = Lebih Baik Bersama!

 

Hebat sekali apa yang terhasil apabila 23 jenis ramuan botani dipadukan dalam satu formula!

Bertahun-tahun lamanya telah diambil untuk menguji beberapa jenis formula bagi mendapatkan kombinasi ramuan botani tepat yang terkandung dalam Intra. Dua puluh tiga (23) jenis ekstrak botani daripada sumber semula jadi itu telah diformulasi khas agar dapat bekerja bersama-sama dengan setiap satu daripada lapan sistem biologi yang terdapat dalam badan.

Keputusannya? Intra benar-benar pergi ke tempat yang memerlukannya – memberi badan anda amaun fitonutrien yang betul agar anda kekal kuat dan sihat.

 
 
 
© 2016 Lifestyles International Holdings Corporation. Semua Hak Terpelihara.