Pilih Negara/Bahasa: 
Better Together

Apakah itu “Lebih Baik Bersama”?

Terdapat banyak perkara dalam kehidupan yang nampaknya lebih baik bersama-sama, seolah-olah ia diwujudkan untuk satu sama lain. Mentega kacang dan jeli. Wayang gambar dan bertih jagung. Musim bunga dan bunga-bungaan yang sedang mekar.

Lifestyles telah menemui beberapa perkara lagi yang lebih baik bergabung bersama-sama. Yang pertama ialah 23 jenis ekstrak botani yang dimuatkan ke dalam setiap botol Intra. Gabungan ekstrakekstrak botani yang luar biasa ini dan cara ia bekerja apabila bergabung bersama-sama dapat mengimbangkan sistem biologi dalam tubuh badan bagi mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan yang lebih tinggi. Kami juga menemui Intra dan anda juga lebih baik bergabung bersama-sama. Teruskan membaca untuk mengetahui sebabnya!

Adakah anda memperoleh nutrien-nutrien botani yang diperlukan dalam diet anda pada hari ini?

Ramuan botani mengandungi banyak jenis nutrien yang selalunya tidak terdapat dalam makanan seharian kita. Walaupun nenek moyang kita mengambil ramuan botani sebagai sebahagian daripada pemakanan harian mereka, jarang sekali kita mengikutinya seperti contohnya mengunyah kulit kayu, atau memakan kelopak bunga, kecuali sekali-sekala sebagai bahan “hiasan” sesetengah jenis salad.

Namun begitu, fitonutrien dan antioksidan yang terdapat dalam ramuan botani adalah unik dan amat berharga bagi kesihatan kita, terutamanya dalam era yang mana tekanan, ketidakaktifan, pencemaran, dan ketidakseimbangan lain adalah sebahagian yang ketara dalam kehidupan moden seseorang individu.

Intra adalah pemakanan tambahan botani semula jadi yang membekalkan semua kebaikan yang pernah dinikmati oleh nenek moyang anda dalam pemakanan mereka, kepada tubuh badan anda. Anggaplah ia sebagai ramuan terbaik daripada Alam Semula Jadi yang sedang membantu memperbetulkan ketidakseimbangan yang disebabkan oleh gaya hidup yang amat sibuk pada hari ini.

Fitonutrien + antioksidan yang terdapat di dalam sebotol Intra = Lebih Baik Bersama!

 
 
© 2018 Lifestyles International Holdings Corporation. Semua Hak Terpelihara.